Monday, March 17, 2008

hot stuff....

petikan isu hangat

Dalam kitab Shahih Bukhari, terdapat hadis yang
mengetengahkan kepentingan mencintai Rasulullah yang berbunyi:
Tak sempurna iman di kalangan kamu hingga aku lebih dicintainya
daripada
ibu bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya.â€Hadis itu membawa
maksud setiap mukmin berkewajipan meletakkan kecintaan dan kasih pada
Rasulullah mengatasi segala-galanya. Mengikut iktiqad ahli sunnah wal
jamaah, Nabi Muhammad adalah insan yang paling afdhal di sisi
Allah.Baginda adalah insan pilihan Allah s.w.t untuk menyampaikan
risalah Islam buat umat sejagat. Demi menyelamatkan akidah umat,
baginda sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut seribu
satu pengorbanan. Allah menceritakan peranan Rasulullah dalam satu ayat
bahagian yang terakhir daripada surah at-Taubah: “Sesungguhnya sudah
datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu, berat terasa
olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan kebahagiaan
bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang
beriman.â€Nabi
Muhammad adalah insan pilihan Allah. Baginda dicipta dengan
seindah-indah ciptaan. Baginda dihiasi rupa paras yang menawan, akhlak
yang terbaik dan sebagai manusia yang memiliki pelbagai
kehebatan.Sahabat Rasulullah amat mengenali peribadi baginda hingga ke
akar umbi. Pergaulan mereka dengan Rasulullah menghasilkan satu
momentum besar dalam diri dan melakarkan kenangan yang kekal abadi di
dalam sanubari mereka.Sahabat mengambil inisiatif untuk memuliakan
baginda dan mencontohi sunnah yang dibawanya.Kata- kata sahabat adalah
ungkapan yang paling tepat untuk dijadikan rujukan dalam hal bagaimana
bentuk penampilan, budi pekerti, gaya kepimpinan dan sebagainya
mengenai Rasulullah. Berikut sebahagian informasi yang diberikan
sahabat berkaitan kemuliaan Rasulullah:# Berkata Aisyah, isteri
Rasulullah tercinta: “Adalah akhlak Rasulullah (gambaran) al-
Quran.â€#
Berkata Anas b Malik : “Tidak ada seorang pun yang bercakap-cakap
dengan Rasulullah kecuali orang itu terlebih dahulu beredar sebelum
Rasulullah beredar (tatkala selesai berbual kerana baginda ingin
menyenangkan hati orang itu). “Tiada seorang pun yang berjabat
tangan
dengan Rasulullah melainkan orang itu yang terlebih dahulu melepaskan
tangannya (daripada tangan baginda yang mulia ).â€Rasulullah adalah
orang yang pertama memulakan salam kepada mereka yang dijumpainya dan
orang pertama mendahului menghulurkan tangan untuk berjabat tangan
dengan mereka.Pernah baginda menghamparkan pakaian miliknya dan
menghulurkan bantal (alas duduk) kepada tetamu (sebagai adab meraikan
tetamu).# Anas memuji lagi baginda dalam hadis yang lain: “Aku tidak
pernah mencium sesuatu haruman yang lebih wangi sama ada anbar atau
wangian kasturi atau sumber yang lain yang terlebih harum daripada
wangian badan Rasulullah.# Berkata Al-Baraa’: “Adalah Rasulullah
orang
yang paling menawan wajahnya dan baik akhlaknya.â€# Jabir b Abdullah
meriwayatkan bahawa suatu ketika ketika bulan terang benderang:
“daku
sedang menatapi kepada wajah Rasulullah (yang berada di samping) dan
juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku wajah Rasulullah
terlebih indah daripada bulan.â€# Saidina Ali menegaskan bahawa
beliau
tidak pernah melihat sesiapa pun yang terlebih kacak dan segak sama
ada
sebelum bertemu Rasulullah dan selepas bertemu yakni dalam tempoh
sepanjang hayatnya.# Berkata Ibnu Abbas: “Adalah Rasulullah insan
yang
amat pemurah.â€# Berkata Saidina Husin: “Rasulullah sentiasa
tersenyum.
Budi pekertinya indah dan baik, seorang yang merendah diri, tidak
berlaku kasar, tidak bersuara keras, tidak melakukan dan mengucapkan
dengan perkara keji.â€Semua ini sekadar secebis daripada ribuan
ciri-ciri keistimewaan junjungan besar Nabi Muhammad. Sahabat tidak
rela berpisah dengan Rasulullah walaupun sesaat.Apabila Rasululah
dijemput pulang menghadap Allah, mereka diselubungi perasaan sangat
sedih. Sahabat hampir hilang kawalan dan menangis tidak henti-henti
melihat pemergian kekasih mereka yang banyak berjuang selama ini demi
menyelamatkan mereka daripada menjadi bahan bakar neraka.Perutusan
Nabi
Muhammad amat bermakna buat umat manusia. Dengan kedatangan baginda
manusia mula mengenali erti tamadun yang sebenar. Tanpa tunjuk ajar
baginda, manusia hilang identiti sebagai insan berakal serta hilang
arah dalam mengenali erti peradaban yang diredai Allah. Baginda
berjaya
mengubah alam kekufuran yang menghantui manusia dengan sinaran tauhid
dan rahmat.Allah mengutuskan Nabi Muhammad dengan slogan ‘saiyyidul
mursalin wa khatamun nabiyiin’ - penghulu rasul dan utusan terakhir
untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.Baginda
bersungguh-sungguh, berjihad, berkorban apa sahaja dalam menyampaikan
amanat Allah supaya manusia akhirnya akur kepada pencipta mereka yang
maha agung.Firman Allah di dalam surah Ahzab: “Wahai nabi!
Sesungguhnya
kami mengutuskan kau sebagai saksi umat manusia, pemberi berita
gembira
(mengenai ganjaran beramal soleh) dan pemberi ancaman (terhadap mereka
yang ingkar). Serta penyeru kepada Allah dengan keizinan-Nya dan
sebagai cahaya yang memerangi alam.†(ayat 45 dan 46: surah
al-Ahzab)Jasa Rasulullah terlalu besar untuk dihitungkan. Rasulullah
pernah terseksa demi kebahagiaan umat Islam. Sirah mendedahkan bahawa
Rasulullah pernah tercedera dan patah gigi dalam perjuangan
dakwah.Rasulullah pernah dihina dan diancam melalui percubaan bunuh
oleh golongan kafir yang menentang risalah Islam. Tanpa Rasulullah
kita
tidak mengenal apa itu Islam, siapa pencipta alam ini dan akhirnya
kita
terus terbelenggu dengan rantaian kekufuran. Persoalannya, adakah
majoriti umat Islam mengasihi dan menghargai pengorbanan baginda?
Apakah muslimin dan muslimat benar-benar mengamati peribadi Rasulullah
selaku insan pilihan?Sebagai membuktikan kecintaan kita pada Nabi
Muhammad, kita perlu mengorak langkah berikut:# Sedarilah as-sunnah
adalah peninggalan berharga kepada umat Islam. Mengamalkan sunnah
Rasulullah sebagai tanda kita mengasihi baginda. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa taat kepadaku (mengamalkan ajaran Islam yang
terkandung di
dalam as-sunnah), maka ia sesungguhnya taat kepada Allah. Firman
Allah:
“Katakanlah wahai Muhammad (kepada umatmu) seandainya kamu mencintai
Allah (sebagai buktinya) ikutilah (sunnah) aku.†(ayat 31 : surah
al-Baqarah ).# Memperbanyakkan ucapan salam sejahtera pada Rasulullah,
iaitu selawat. Baginda amat kasih pada mereka yang banyak berselawat
kepada baginda.Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang berselawat ke
atasku
dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan
sepuluh selawat.â€# Janganlah memperkecil- kecil, menghina dan
menpertikai Rasulullah, keluarganya dan sahabatnya. Perbuatan itu
boleh
membatalkan iman.Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk sensitif,
prihatin dan membela kekasih Allah sebagai bukti kecintaan kita
kepadanya.Dengan tiga inisiatif yang disebutkan tadi, dapatlah kita
amalkan supaya dipermudahkan kita masuk syurga bersampingan dengan
Rasulullah yang mulia.Ulama menyatakan, nikmat dan ganjaran paling
berharga di syurga ialah dapat melihat Allah. Di samping itu, nikmat
yang tiada taranya ialah berpeluang bersama Rasulullah.

No comments: