Monday, March 17, 2008

types of solat

Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku
Islam, tetapi engkar bahkan tidak pernah langsung mendirikan Solat
sepanjang hayat.

Seseorang yang Solat bermusim 2 kali setahun, iaitu Hari Raya Syawal
dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang
pergi Solat di Masjid. Teramat besar kerugian bagi golongan ini
meninggalkan yang fardhu, tetapi mengamalkan yang sunat.
Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap
sendiri sekadar mengikut hawa nafsu. Juga sentiasa kerugian bagi
golongan ini.

Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah, tanpa ilmu batiniah
mengerjakan Solat. Solatnya kosong seperti ada jasad tanpa roh.

Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta
batiniah, tetapi masih dalam kategori lalai lahir dan batin.

Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta
batiniah, tetapi masih dalam kategori khusyuk lahir tapi lalai batin.

Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta
batiniah serta khusyuk lahir batin, tetapi masih belum berasa nikmat
kesedapan beribadah.

Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah
serta khusyuk lahir batin.

Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah
serta khusyuk lahir batin, malahan dapat merasai nikmat kesedapan
beribadah.

Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah
serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan
beribadah. Juga dapat merasakan nikmat kehadiran Allah di hadapan
dirinya. Terbuka hijab dimulai dari takbiratul Ihram hingga selesai
memberi salam.

Di mana kategori anda

No comments: